Friday, July 26, 2013

Cakra khan - Harus terpisah [lirik]

Cinta 298 Hari

Hari ni 26/7/2013 setelah lama aku x menulis diruangan ni terdetik untuk aku menulis kembali kerana sifat manusia bila bahagia memang akan mudah untuk lupa . Sekali lagi aku mengulangi silap yang sama dan kali ini ianya sangat memberikan tamparan hebat dalam hidup kerana sekali lagi aku kehilangan seorang perempuan yang sangat bermakna dalam hidup ni , mungkin kali ini lebih berat lebih luluh untuk aku hadapi seorang diri menghabiskan sisa2 kehidupan yang mati dihari pertama dia pergi . mudah untuk berkata-kata tapi sukar untuk melaksanakan .

         Aku akui aku adalah lelaki buaya darat yang sentiasa mencari manusia yang lemah untuk dijadikan mangsa sehinggalah satu hari aku mengenali seorang wanita yang benar2 telah mengubah persepsi aku kepada wanita yang mana aku hanya memandang wanita dengan mata dendam bukan kerana cinta atas sebab kisah silam aku bersama yang lepas . Mengenali Nazzatul Akmar adalah sesuatu diluar jangkaan aku kerana lansung x pernah terlintas difikiran yang aku akan cintakan seorang manusia yang pada mulanya aku hanya menganggap ianya seorang mangsa . Perjuangan aku untuk mendapatkan dia sebagai mangsa bertukar menjadi perjuangan seorang lelaki yang benar2 mengejar cinta seorang wanita . berbagai halangan dan rintangan untuk aku bertemu dengan dia hinggalah pada satu masa dan ketika dengan takdir Allah aku bertemu dengan wanita yang aku rasakan benar-benar aku ingin berjumpa . pertemuan pertama kami adalah sewaktu Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapore dimana kami berdua telah memutuskan untuk travel ke kuala lumpur tanpa menaiki kenderaan masing2 . actlly pada awalnya lagi aku dah rosakan suasana yang mana aku dah buat dia menunggu aku hampir 5 jam di KL Sentral . Bila aku sampai segala  perasaan cemas bercampur excited tu mula muncul membuak-buak sedangkan pada aku wanita semuanya sama yang mana aku xpernah rasa janggal untuk berjumpa dan mainkan perasaan dieorang sehingga luluh lumat . Sesuatu yang sangat lain dapat aku rasakan bila kali pertama aku terpandang si gendut ebowt yang setia menanti dengan senyuman kucing yang sangat membuatkan hati aku berdegup laju . Dan satu lagi kenangan yang cukup indah lahir bilamana aku dan dia telah mendaki GUNUNG ANGSI bersama-sama dan dalam perjalanan yang sangat panjang dan penuh dengan cabaran namun berjaya kami hadapi dengan jayanya .  Masa terus berlari maka wujudlah kenangan yang sangat indah sewaktu kami bersama pada waktu tu . Perasaan sayang mula wujud dan beberapa saat selepas itu muncul pula perasaan cinta yang sangat kuat .. Hebat betul penangan senyuman kucing si gendut ebowt :) .

          Masa terus berjalan dan terus memainkan aturan ilahi yang mana pada waktu saat dan ketika nya aku nekad untuk berpindah ke Putrajaya kerana ingin selalu dekat dengan sidia yang sangat membuatkan aku merasa bernyawa selepas mati . Berjuta kenangan indah yang tercetus semasa di Putrajaya kami gelak bersama kami makan bersama kami menonton movie bersama kami menangis bersama kami karaoke bersama kami bertukar-tukar cerita dan setiap hari kami gaduh bersama makanya setiap hari juga lah aku akan berpeluang untuk memujuk si buah hati dan aku bersedia kerana setiap kali bila aku berjaya memujuk bertalu-talu jugak lah penumbuk seorang wanita manja singgah ke perut aku yang waktu ketika itu tidak lah secomel perut aku yang sekarang ni . segalanya indah bila mana terluah kata-kata dua orang manusia yang meluahkan perasaan syg dan cinta masing-masing untuk di terjemahkan dalam satu perhubungan yang halal dan mulia di sisi agama . kami bercadang untuk mengikat tali pertunangan di bulan jun 2013 . Rasa seperti ditampar bila segala yang dihajatkan segala perancangan kami tidak mendapat restu ibu bapa nya atas sebab si dia harus menamatkan Diploma dan sebab paling utamanya adalah kerana aku tidak mempunyai pekerjaan yang kukuh dan utuh . mungkin ianya berbunyi angkuh tapi makcik dan pakcik saya sanggup korbankan masa depan saya yang mana pekerjaan lama saya berkemungkinan besar (Bukan menyesal cuma meluahkan) kalau saya tidak mengenali dan jatuh cinta pada anak pakcik dan makcik mungkin gaji saya telah pun sama dengan makcik dengan pakcik berdua tetapi atas sebab sifat sayang dan mengambil kira yang anak pakcik dan makcik seorang yang manja sifat nya saya telah buat keputusan untuk meninggalkan pekerjaan lama saya dan bekerja sebagai retail assistand di BERSHKA ALAMANDA PUTRAJAYA yang gaji nya  hanya mampu beli barangan dapur untuk rumah sebulan..Hina dan jijik kan pekerjaan halal yang saya lakukan tu ?? pada saya duit bukan segalanya ..dan duit bukan jaminan untuk sy membahagiakan anak pakcik dan makcik . cuma saya ingin maklumkan pada pakcik dan makcik bunyi nya angkuh dan takbur tapi sebelum ni saya dah lama memendam rasa .. memendam perasaan kecewa jadi hari ni saya akan tunjukan pada makcik dan pakcik yang mana siapa saya sebelum saya mengenali anak pakcik dan makcik . amati betul2 gambar dibawah ni dan cari dimana kedudukan nama saya sebelum saya mengorbankan masa depan saya demi cinta saya kepada anak pakcik dan makcik .


mohon ampun dan maaf sekali lagi sekiranya apa yang saya luahkan ni agak biadap dan kurang ajar . mungkin kerana saya memang biadap sebab cuba mempertahankan maruah saya bila dipijak oleh orang lain  . saya hanya lelaki biasa yang hanya tahu sayangkan anak pakcik dan makcik yang hanya tahu cintakan anak pakcik dan makcik spenuh hati dan seiklas hati saya . saya tak pernah berdendam ataupun membenci pakcik dan makcik pada saya bila saya iklas sayang dan cintakan anak pakcik dan makcik bermakna perasaan yang sama jugalah untuk pakcik dan makcik . saya akui yang saya selalu menyusahkan ebowt selalu buat ebowt stress .. tapi pada saya itu adalah satu proses yang mana saya harus mengenali siapa dia dan dia harus mengenali siapa saya .. kami belajar bagaimana untuk survive dengan hanya segenggam syiling .. segalanya kami kongsi bersama tak ada kurang atau lebihnya apa yang saya makan dia akan makan dan apa yang dia makan itu jugalah yang saya makan .. hati ni luluh berderai bila lihat jauh kedalam anak mata dia yang mana setiap hari dia akan menanti aku habis bekerja sambil memerhatikan pasangan lain membeli belah makan makanan yang sedap tapi xpernah dia terjemahkan dalam bentuk kata-kata walaupun aku tahu dia teringin untuk dapat rasa semua tu . aku nekad dan aku niat dalam hati bila aku dapat gaji nanti aku akan berikan segala yang dia hajatkan dihati . dengan gaji yang x seberapa pada waktu tu alhamdulillah aku berjaya buat dia tersenyum .. berikan dia makan sedap2 sama seperti yang dia idamkan .. aku xkan pernah katakan tidak sebelum aku mencuba untuk mendapatkan apa2 untuk dia . aku akan cuba selagi ada nyawa . satu persatu kenangan indah wujud dan lahir dalam perhubungan aku dengan dia .. tapi silapnya bilamana aku terlupa yang masa tak pernah berhenti dan xkan pernah menunggu kita .

            Detik hitam bermula apabila aku leka .. aku lalai dan hampir terlupa perjuangan asal yang aku dok tegakan sebelum ni . perempuan tidak akan boleh memaafkan lelaki yang berhubungan secara senyap dengan musuh nya sendiri . aku betul2 lupa dan leka sehinggakan aku jadi lupa diri jadi seorang yang hipokrit jadi seorang yang berpura-pura demi semata-mata untuk dipandang megah oleh perempuan lain . itulah sifat lelaki yang mana kelemahan lelaki ada 2 punca yang utama . 1? duit . 2? agak x berapa sesuai untuk aku sebut benda tu . tapi bunyi nya hampir sama dengan DUIT . fikir2 kan lah . jadi bila segalaya terungkap dia masih gagah untuk berpura-pura senyum didepan aku tapi akhirnya dia meluahkan segala-galanya perasaan yang terpendam dan aku mula bangun dari bermimpi dan aku nampak yang aku bukan berada dijalan yang sepatutnya aku berada . tapi pada dia dah terlambat untuk aku pulihkan keadaan dan aku harus belajar untuk terima yang dia akan pergi dari hidup aku . kalau aku ditawarkan untuk x jadi diri aku aku sanggup sbb keputusan apa yang spttnya aku buat ? . biarkan orang yang aku syg yang aku cinta pergi mcm tu je ? . mungkin mulut mudah untuk berkata-kata tapi sampai lah sekarang aku dok menanggung beban sesalan yang mana pada aku adalah semua ni berpunca dari aku . oleh sebab tu jugak lah aku masih mempertahankan setiap inci perasaan aku pada dia sebab jauh dihati aku bgtau yang aku masih berpeluang dan semua ni perlukan masa untuk pulih . permainan masa yang xtau bila akan sudah . kalau nak diluahkan semuanya sebenar-benarnye x terluah kat sini sebab ada aku x kan ada penhujung nya . aku sayang kan hubungan aku dan aku iklas cintakan dia sepenuh hati aku . segala silap dan salah lansung x pernah aku nafikan yang mana aku memang bersalah dan menjadi punca semua ni . aku cuma berharap satu hari nanti aku akan bersanding diatas pelamin bersama nazzatul akmar  bukan dengan wanita lain . aku berharap kami dikurniakan cahaya mata yang comel2 yang akan membesar menjadi anak yang baik . aku berharap segala impian aku akan tercapai sebab tiada yang mustahil dalam dunia ni kalau kita hendakan sesuatu jangan pernah berhenti mencuba dan jangan pernah berhenti berdoa selebihnya tawakal dan redha andai kata memang bukan dia jodoh aku . cepat atau lambat satu hari nanti aku akan terima perjalanan qada dan qadar yang memang dah tertulis di luh mahfuz yang mana aku hanya menjadi milik dia untuk 298HARI . SATU HARI NANTI B TAU SAYANG AKAN BACA SEMUA NI . KALAU LAH APA YANG B LUAHKAN NI MENGGURIS PERASAAN SYG SEKALI LAGI B MOHON MAAF . B HIDUP KERANA CINTA B PADA SAYANG .  B AKAN DATANG TUNTUT SEMULA CINTA B PADA SAYANG SATU HARI NANTI . I LOVE YOU SO MUCH NAZZATUL AKMAR . 
My photo
[1ST]ABOUT ME? Well, I don't think that's the good idea to tell people about myself here. If I really wish to do that, I will definitely tell you only good things about me (don't get me wrong) which is very unfair to you, isn't it? Why? Because that's the best way to attract strangers! Agree? So, don't tell me that you will do the other way around! No worry, you are free to judge me once you know me. Say anything you wanna say about me as long it could benefits others and myself. It's all up to you! That's the best way I guess because there will be no fake-hope, no hypocrisy, no lie and no vain! Except GOD and our own self, nobody knows what is the best quality we possessed in ourself. By- Ma SeLf

keutamaan saya :

1 :- Allah swt

2 :- keluarga

3 :- diri sendiri

4 :- bakal tulang rusuk saya :)

5 :- sahabat seperjuangan



latest Updated



28/05/2012

- Bagaimana membina anti stress

- Doa pengasih


27/05/2012

Disapa Allah swt

4/7/2011

SENYUM SELAGI BOLEH SENYUM

18/4/2011

PROLOGI - ADAM & HAWA BY - AISYA SOFEA

17/4/2011

NOVEL TIME - ADAM & HAWA BY - AISYA SOFEA



24/02/2011

* Wanita Dan Perempuan